Thursday, 19 September 2013

SAMBUNG STUDY !

Assalamualaikum...

Lame kan x update blog.. haha.. dah berhabuk da blog ni.. kali ni Fatin nak citer ng korang tentang further study Fatin.. :) aritu Fatin pernah crite kan yg Fatin nak msok Matrikulasi.. hah ! ni la nak citer.. nape ade gambar UiTM Melaka plak kan.. hehe.. Actually,, Fatin x dapat msok Matrik.. :( so,, Fatin apply UPU n Alhamdulillah Fatin dapat ke UiTM Lendu,Melaka.. Kembali ke tempat Fatin membesar.. Yup ! Fatin memang membesar kat Melaka.. tak sangka lepas da pindah Kelantan 2 tahun,dapat ke Melaka semula.. hehe :D ..

Fatin amik kos DAIS ( Diploma in Accounting Information System) kat sini.. mse form 4 n form 5 bukan maen x suke subjek akaun,,tapi last2 sambung stdy amik akaun jgk.. haha.. Actually Fatin bukan x suke akaun,,adela sebab2 nye Fatin cukup menyampah stdy akaun mse form 4 n form 5 dlu.. tapi sekarang da ok da ;) .. Urm,,study kat sini memang best.. Lecturer sume baek2 je.. member kelas pon almost sume ok.. roommate pon best.. akak senior kat kolej ni pon best.. Fatin duk Kolej Tun Kudu.. pelik kan bunyi nme dy.. tapi best taw duk kolej ni.. hehe :D
ni roommate Fatin,actually ade sorang ag,tapi time ni dy x dtg :)
Selain sesi pembelajaran macam biase,,ade something yg best taw pasal UiTM Lendu ni.. nak twu x ? hahaha (gelak jahat) .. urm,,kt UiTM ni sebenarnye famous gler pasal crite seram nye.. haaa ! pasal crite ni la,UiTM Lendu ni ramai orang kenal.. tahun2 sebelum ni ade kekecohan berlaku.. ade la student kat sini,,dy tgkap gamba waktu malam kat Tasik Tun Fatimah dalam UiTM ni.. mase tu la kononnye ade benda yg tumapang amik gamba skli.. Hurm,,budak tu pon 1,,yg gatai sgt pegi amik gamba malam2 kat situ sape sruh.. UiTM ni pon kt tempat yg dulunye hutan.. so,,tak mustahil la kalo benda2 macam ni ade kan.. erghh,,serammmm !

Jambatan kat Tasik Tun Fatimah
Tasik Tun Fatimah pada waktu malam
Kalo korang nak tahu crite ape yg jadi kt sini, tggu post akan dtg yer.. byk nk share ni.. hehe.. smpai sini je la dulu entry ni.. lagipon Fatin x sempat nk tulis byk2.. byk sgt bnde nk kena buat.. final exam pon da dekat.. jmpe lg ek.. sayang korang :)

Assalamualaikum....

Sunday, 12 May 2013

JODOH


"...Sekuat dan sehebat mana pun kita merancang , Allah swt yang akan tentukan..."

Assalamualaikum semua. Kali ni Fatin nak kongsi dengan korang semua tentang cerita cinta. 2 buah cerita yang merupakan kisah benar. Huhu. Korang kena percaya taw,sebab cerita ni bukan rekaan. Cerita cinta mengenai orang di sekeliling Fatin. (nama dirahsiakan)

KISAH PERTAMA

Jejaka A telah berkenalan dengan Gadis B pada usianya 22 tahun dan si Gadis B pula berusia 18 tahun. Kemudian cinta pun berputik antara mereka. (panjang lagi cerita ni,tapi Fatin ringkaskan yer)

Setelah menjalin cinta selama 3 tahun akhirnya hubungan mereka terlerai kerana hadirnya Jejaka C. Gadis B terus menjalin hubungan dengan Jejaka C selama setahun setengah. Kemudian timbul krisis antara Gadis B dan Jejaka C hingga membuatkan Gadis B meninggalkan Jejaka C. Jejaka C seperti orang hilang akal dan akhirnya menghilang.

Gadis B kemudian bertemu kembali dengan Jejaka A dan hubungan mereka kembali terjalin. Hubungan yang dijalin semula setelah musnah akibat orang ketiga akhirnya ke jinjang pelamin. Dan mereka hidup bahagia sehingga sekarang.

KISAH KEDUA

Perkenalan singkat antara Jejaka dan Gadis akhirnya menyemai bibit-bibit cinta. Gadis dan Jejaka telah berkenalan di sebuah majlis formal. Love for first sight. Ungkapan yang boleh menggambarkan pasangan ni. (Jiwang kan Fatin kali ni,huhu)

Jejaka dan Gadis telah berkenalan di sebuah majlis formal. Gadis walaupun terpegun dengan Jejaka hanya berdiam diri dan terus kaku menjadi pasangan untuk Jejaka pada majlis tu. (dorang ni x pernah jumpe tapi diatur menjadi pasangan dalam majlis ni disebabkan hal2 yang tertentu). Jejaka pula terus mengusik Gadis yang tidak selesa dengan keadaan majlis tersebut (almaklum la,formal sangat) dengan memberi panggilan 'Anja'. Membuatkan si Gadis bertambah merah pipi dalam keadaan tu.

Majlis berakhir dan mereka terpisah. Namun bertemu kembali semasa mereka sama2 menyertai sebuah trip or konvoi ke Perak untuk beberapa hari. (Masa ni la dorang tambah kenal)

Akhirnya sebuah perkenalan singkat bertukar menjadi perhubungan yang serius apabila mereka saling berbalas sms. (Ni je kowt untuk perkenalan)

Perhubungan yang penuh dengan cabaran dan saat2 romantis selama 1 tahun setengah ni akhirnya terlerai dan hancur apabila keluarga si Jejaka mula mengetahui perhubungan mereka. Keluarga si Jejaka tidak merestui hubungan mereka (sebab ape pon Fatin tak tahu) dan melarang perhubungan ini dari diteruskan. Dengar cerita pihak keluarga si Jejaka dah carikan teman hidup lain untuk si Jejaka ni (doakan je la yang terbaek untuk mereka)

"Kau Dipaksa,Aku Terpaksa"

Cerita ni Fatin singkatkan. Kalau nak cerita semua memang jadi novel la post ni. Huhu. Actually,ape yang Fatin nak sampaikan dari 2 buah cerita ni adalah ; 1st-jodoh kita sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak dari kita berusia 4 bulan lagi dalam kandungan ibu kita,kalau ade jodoh memang x kemana. 2nd-Allah swt x akan mempertemukan kita dengan orang yang salah walaupun perhubungan tu x kekal. Percayalah bahawa setiap yang terjadi tu ade hikmahnye.

Korang perlu percaya pada kekuatan kekuasaan Allah swt mengenai JODOH. Dia sudah tentukan seseorang untuk kita. Jadi,x perlulah bersedih andai orang yang kita cintai tidak menjadi milik kita. Sehebat mana pun kita merancang,kalau Allah swt x mengizinkan,x akan berlaku ape yang kita rancang tu. Sesungguhnya perancangan Allah swt tu Maha Hebat. Just move on n don't give up.

Setakat ni dulu coretan Fatin kali ni. Jumpa lagi untuk post akan datang. Sayang korang sume. Assalamualaikum... :)

Tuesday, 23 April 2013

My AMBITION

Ni Abah Fatin. Kapten (KM) Anuar bin Musa.

Hai korang. Assalamualaikum. Hari ni Fatin rajin plak nak menulis tetibe. Hehe. Fatin nak cerite tentang cita2 Fatin. Almaklum la lepasan SPM kan. Still lg tercari2 ke mana hala tuju lepas ni. Korang mesti nak tahu kan ape cita2 Fatin. Hah,kalo korang nak tahu,Fatin ni dilahirkan sebagai seorang anak Tentera. Dari kecik mmg Fatin da biase dgn dunia askar ni. Kwn2 Fatin pon kebanyakan anak askar. So,sudah tertanam dlm diri ni,Fatin nak sgt jadi Tentera mcm abah Fatin. Abah Fatin pon skrg da berpangkat tggi. Asalnya dari seorang Prebet,n skrg abah dah jadi Kapten. Alhamdulillah. Nanti la yer Fatin cerite tentang abah Fatin pulak. 

Tetapi (hah,ade tapi pulak) , abah Fatin ni x nk Fatin jadi mcm dy. Dy ckp susah sbenarnye jadi askar ni. Dy nak tgk Fatin jadi sorang Guru or Nurse. Hadoiiiii,,girllly betol lar. Haha. Fatin ni mmg ske bnde2 lasak. Tapi abah Fatin x ske Fatin ni lasak sgt. Dy sntiase aggp Fatin ni mcm budak kecik lg. Haha. Trus terang la kan,Fatin ni sbenarnye anak manja abah. Myb sbb tu abah x pnh nk bg Fatin jd askar. Keras2 dy larang. Huh,igt kan Fatin je yg keras kepala. Rupenye pendirian abah lg keras.

Okeyh,fine ! Fatin lupekan niat nak jd tentera tu. Demi abah. Fatin ade cita2 kedua. Disebabkan Fatin ni minat sgt something yg kaitan dgn kira2 kan,so Fatin berniat utk jadi sorang Akauntan. Hah,,best nye dpt jadi akauntan kan. Masyukkk je. Hehe. Fatin stdy dulu course sains tulen mse form 4 n form 5. Tapi x amik subjek English for Science n Tegnology (EST) cam korg. Mybe kt skola tu xde ckgu EST kowt. So,kami sume amik sbjek Akaun. Maknenye Fatin mmg boleh la kan jd akauntan. Sbb Fatin ade LCCI. Fatin boleh smbg stdy kt Matrikulasi aliran akaun.

Tetapi (ni lagi 1 tapi yg kuar,asyik ade penghalang je) ,umi Fatin pulak x bg Fatin truskan. Huaaaaaa. Kesian Fatin. Umi lg suke Fatin jd sorang Guru. Haiyooo. Hari tu,ade lar Fatin isi borg utk ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Tu pon sbb umi suruh. Actually Fatin x minat nak jd cikgu ni. Macam bosan je asyik menghadap budak2. Fatin kurg ske budak2 sbenanye. Pape pon,tggu je larh 25 April 2013 ni result permohonan utk ke matrikulasi n IPG tu kuar. Harap2 Fatin ditolak ke IPG n diterima ke matrikulasi. Hahaha (gelak jahat).

Urmm,,tapi sume ni bergantung pada takdir sebenarnye. Kalo da memang Fatin ditakdirkan utk jadi sorang Guru,okeyh,Fatin trime je. Ok jgk kan. Drpd menganggur je. Kalo ade rezeki Fatin ni jadi Akauntan,lg okey. Hehe. Kadang2 Allah swt x bg ape yg kte nak,sbb Dia twu ape yg kte prlukan dan hanya beri ape yg kte prlukan (tringat plak kt crite Aku,Kau dan Dia).

K lah,setakat ni je coretan pnjg lebar Fatin utk kali ni. Mesti penat korang bace kan. Sayang korang sume. Assalamualaikum....

Monday, 22 April 2013

Just sikit cerita tentang pengalaman saya :)

Pagi semalam sy ke KB Mall,Kota Bharu temankan umi bayar bil Celcom. Lepas bayar bil tu,sempat la jalan2 sekejap. Yg tak seronoknye,rmai pulak couple2 kat situ yg melintasi mata sy ni. Perghhh,,jelous kowt. Dorg ade,tp sy,,,urmmmm. Sy rindu sgt kt dia. Kteorg pon pnh jalan2 kt KB Mall macam tu dulu. Tapi skrg sume tggl kenangan je. Tersentap sgt rase bile tgk couple2 tu dlm keadaan hepy with org tersayang. But its ok lar. Maybe da tak de jodoh sy dgn dia. Sy pon da bleh trime dia da pegi n lpekan sy. Tapi setiap hari sy sntiase berdoa,if dia jodoh sy,pertemukan lah kami semula dan jika dia mmg tercipta bukan untk sy,hapuskanlah rse cinta ni dlm hati sy dan temukanlah sy dgn org yg betol2 tertulis utk sy yg merupakan pemilik tulang rusuk ni. Amin. 

Lepas tu sy pegi pulak beli nasi kt Nasi Kukus Zaeman. Permintaan adik lelaki sy,dy nak sgt mkn nasi tu. Hah,bkn nk crite psl nasi tu ke ape. Nak crite tntg sorg pkcik ni yg sy nmpk mase sy tgh tggu umi dlm kreta. Sebab adik bongsu sy ni nakal sikit,malas la sy nk kluar kan,so tggu je la dlm kreta. K,nk crite da ni,hehe. Mata sy pon terpandang la 1 beca yg lalu kt sbelah kreta sy(eh,kreta abah sy lar). Pakcik tu dah tua n mybe berumur dlm lingkungan 50-60an mcm tu. Yg wt sy kagum sgt dgn pkcik ni,dy sggup berkayuh beca mencri rzeki tiap2 hari even dy takde sbelah tgn. Hah,ni la yg sy nk crite. Tgn pkcik tu kudung sebelah kanan. Tabah kan pakcik tu? Sy btol2 kagum dgn dy. Ntah mcm mne lar hidup sbenar pkcik tu. Pape pon,doakan lar yg pkcik tu akan diberkati hidup dy. Amin.

K lah,sje je tulis psl pngalaman sndri ni utk post kali ni. Cadangan dr mber sy. Tapi cm bosan je kan. Tak de yg best pon psl hidup sy. Nantikan post yg sterusnye taw. Atin syg korang sume :)
Assalamualaikum...

Sunday, 14 April 2013

Coklat dan manfaatnye.

COKLAT. Mesti korang pon suke sangat makan coklat kan? Atin pon suke sangat dgn Coklat ni. N sbb tu lah name blog Atin ni Gadis Coklat. Hehe. K lah,,ni Atin nak share sikit ngan korang ni tentang artikel yang Atin terbaca beberapa bulan lepas. Artikel ni Atin terjumpe kt Newspaper je sbenanye. N maybe korang pon ade yang dah bace. Ni artikel nye.




ATLANTA-Jika anda boleh menangani kalori dan lemak,mungkin ada manfaat kesihatan untuk menikmati coklat yang mempunyai kandungan koko lebih pada bila-bila masa.

Kajian terbaru mendapati koko dapat menurunkan tekanan darah dan kolestrol sambil mencegah diabetes dan meningkatkan kesihatan pembuluh darah.

Namun,penyelidik masih tidak pasti jika pengambilan koko bagi yang mengalami obesiti mampu menyerap manfaatnya berbanding mereka yang mempunyai tahap tahap kesihatan yang tidak merbahaya.

Data kajian yang dilakukan terhadap 2,575 peserta yang berumur bawah 50 tahun menunjukkan paras kolestrol tidak baik menurun manakala kolestrol baik meningkat selepas memakan coklat tersebut selama sebulan.

Bagaimanapun,kajian masih diteruskan untuk mencari kepastian bagaimana coklat mampu memberi kesan seperti itu dan berapa banyak yang perlu dimakan untuk mendapatkan manfaatnya.

Hah,korang da bace kan? So,korang rase coklat tu sebenanye menggemukkan ker macam yg selalu dihebah-hebahkan? Atin tak rase macam tu. Sebab Atin ni penggemar coklat. Hehe.

Atin rase lepas ni korang tak perlu la takot lagi nak makan coklat banyak-banyak. Actually, banyak lagi manfaat coklat ni.Korang kena truskan membace lar k. :)

Coklat jugak mampu mengurangkan stress. Coklat hitam mengandungi senyawa kimia yang dipanggil phenethylamine (belit lidah nak bace,hehe),zat ni lah yang membuatkan korang rase tenang n happy bila makan coklat. Atin pon suke makan coklat biler tgh stress. Tapi biler tak stress pon,Atin telan jugak. Hahaha.

Selain tu,coklat jugak mengandungi antioksidan yang mampu menghentikan pertumbuhan kanser. Bagus kan coklat ni? Tapi tak bermakna coklat ni dapat merawat kanser,hanya menghentikan pertumbuhan je. Maybe boleh digunakan sebagai pencegah. Bukan ke mencegah tu lebih baik dari merawat. Kan? Huhu.

Flavanols yang terdapat pada coklat boleh melindungi kita dari sinaran UV dan  menjaga kelembapan kulit. Coklat jugak membantu meremajakan sel-sel kulit. So,kulit korang akan dijauhi oleh bintik-bintik hitam dan kulit kasar.Tak payah dah susah-susah cari krim pelindung UV bagai kan.Hehe.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa coklat dapat meringankan batuk,ini kerana coklat mengandungi zat kimia bernama theobromine (pelik-pelik je nme saintifik ni). Zat ni lah yang menghambat aktivitas dalam otak yang dikenali saraf vagus.

So,kesimpulannya. Coklat ni memang banyak manfaatnya. Jadi,korang boleh ignore je lar bile ade orang tgur korang makan coklat banyak-banyak n cakap boleh menggemokkan. Mulut tempayan kite boleh ttup,tapi mulut manusie ni,susah kan.

Sekian dulu coretan Atin untuk post yang pertama ni. Harap boleh memberi info yang bermanfaat untuk korang. Nantikan post yang terbaru pulak yer. Atin pon still fikir lagi ape yang Atin nak kongsi ngan korang untuk post yang seterusnye. Hehe. Bye2 dulu sayang2ku semua :)
Assalamualaikum.....